Ciri-ciri IPad (Generasi Pertama)

Perisian

Pada mulanya iPad menggunakan versi iPhone OS yang telah disesuaikan untuk kegunaan iPad sahaja[9]. Pada 1 September 2010, Apple mengumumkan bahawa iOS 4.2 akan menyokong iPad pada November 2010[10]. Untuk memenuhi kehendak ini, iOS 4.2.1 telah dikeluarkan pada 22 November[11]. iPad didatangkan dengan beberapa aplikasi termasuk Safari, Mel, Foto, Video, iPod, iTunes, App Store, iBooks, Peta, Nota, Kalendar dan Kenalan dengan beberapa daripadanya adalah versi telah diperbaiki daripada aplikasi yang terdapat di iPhone atau Mac.

iPad boleh diselaraskan (sync) dengan iTunes di Mac atau Komputer Windows. Applikasi iWork yang sebelum ini hanya di Mac, dibawa masuk ke iPad dengan aplikasi Pages, Numbers, dan Keynotes yang telah disesuaikan untuk iPad. Walaupun iPad direka bukan untuk menggantikan telefon bimbit, pengguna boleh menggunakan fon kepala atau speaker dan mikrofon terbina-dalam dan menelefon dengan sambungan Wi-Fi atau 3G menggunakan aplikasi VoIP.

Peralatan

iPad dilengkapi dengan skrin sesentuh, paparan hablur kristal 9.7 in (250 mm), 1024 x 768 piksel, berukuran 7.75 in × 5.82 in (197 mm × 148 mm) dengan kaca tahan calar dan cap jari. Paparan ini bertindak balas dengan penderia lain: penderia cahaya sekitar untuk memperbetulkan kecerahan skrin dan meter pecut 3-paksi untuk mengesan orientasi iPad dan menukar antara mod potret dan landskap. Tidak seperti iPod touch dan iPhone hanya menyokong 3 orientasi (potret, landskap-kiri, landskap-kanan), iPad menyokong semua empat orientasi (termasuk terbalik). Berikutan itu, "orientasi asal" boleh dikatakan tiada; hanya posisi relatif dengan butang utama.

Terdapat empat suis fizikal pada iPad, termasuk butang utama berhampiran paparan yang membawa pengguna ke menu utama dan tiga suis di bahagian sisi: tidur/bangkit dan kelantangan (naik/turun), dan juga suis yang dikawal perisian yang fungsinya telah diubah dengan kemaskini perisian. Pada mulanya, suis tersebut mengunci orientasi skrin iPad, tetapi iOS 4.2 menukarkan ia kepada fungsi senyap dengan kunci pusingan terdapat di menu atas skrin. [12] Semasa kemaskini iOS 4.3, tetapan untuk suis tersebut telah ditambah membenarkan pengguna untuk menetapkan fungsi suis tersebut samada untuk mengunci putaran atau senyap.

iPad ini tidak didatangkan dengan kamera.

Aksesori

Apple menawarkan pelbagai aksesori iPad, kebanyakannya menggunakan sambungan dok 30-pin, satu-satunya port iPad selain bicu fon kepala. Pengguna boleh memasang aksesori seperti papan kekunci yang direka khas untuk iPad dengan menyambungkan ke port tersebut.

Walaubagaimanapun, kebanyakan aksesori kini menggunakan sambungan tanpa wayar bluetooth, memberikan kebebasan kepada pengguna. Tetapi, sambungan wayar masih diperlukan untuk mengecas dengan menggunakan pengecas 10W yang disediakan serta beberapa aksesori seperti sambungan keluar video[13].

Rujukan

WikiPedia: IPad (Generasi Pertama) http://www.apple.com http://www.apple.com/ipad/ http://www.apple.com/pr/library/2010/03/05iPad-Ava... http://www.applegazette.com/mac/httpwwwapplegazett... http://appleinsider.com/articles/10/01/27/iphone_o... http://news.cnet.com/8301-17938_105-20015326-1.htm... http://www.cultofmac.com/73759/2010s-best-iphone-a... http://www.engadget.com/2007/01/09/the-apple-iphon... http://www.foxnews.com/tech/2010/06/02/jobs-says-i... http://www.londonstockexchange.com/en-gb/pricesnew...